1.0 PENDAHULUAN
Perbincangan mengenai isu kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear telah menjadi satu perbincangan yang hangat di antara pemimpin-pemimpin negara pada masa kini kerana teknologi nuklear ini dipercayai dapat mempercepatkan pembangunan sesebuah negara. Isu ini menjadi satu isu yang serius kerana teknologi nuklear ini dapat memberikan pelbagai kemudahan contohnya dapat menjana tenaga dalam jumlah yang besar tetapi teknologi ini juga merupakan satu senjata pemusnah yang amat merbahaya dan dapat membawa kehancuran pada skala yang besar kerana jumlah radiasi yang digunakan untuk menghasilkan teknologi nuklear ini tinggi.
Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan daripada tindak balas nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan tindak balas pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.
Pelbagai pihak termasuklah pemerintah-pemerintah negara memandang serius mengenai penggunaan teknologi nuklear termasuklah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Perancis menjalankan pelbagai kajian untuk memperolehi maklumat mengenai teknologi nuklear ini kerana pada dasarnya teknologi nuklear ini amat bahaya untuk digunakan sama ada untuk kegunaan umum atau kegunaan peribadi, akan tetapi apakah kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear berdasarkan Qawaid Fiqh?
Gambar rajah 2 : Stesen tenaga nuklear
2.0 DEFINISI TEKNOLOGI NUKLEAR
Definisi teknologi nuklear ialah penggunaan teknologi
yang melibatkan tindak balas nuklear dalam atom. Berdasarkan maklumat daripada
Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA), tindak balas nuklear
boleh menyebabkan sesuatu atom itu menjadi tidak stabil atau radioaktif. Selain
itu, teknologi nuklear atau juga disebut sebagai tenaga atom ialah sejenis
tenaga yang mengikat nukleus dengan sebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan
melalui tindak balas nuklear seperti pereputan radioakatif, pembelahan atau pelakuran
nuklear yang bertindak di dalam atom. Secara amnya, tenaga nuklear terhasil
daripada proses pembelahan atom yang tidak stabil kepada atom yang lebih kecil.
Persatuan nuklear dunia menyatakan bahawa pada masa
hadapan, permintaan terhadap tenaga elektrik dunia akan meningkat menjelang
tahun 2040 disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk, pembangunan ekonomi
negara dan pembandaran yang pesat. Tenaga elektrik mampu membantu dalam
meningkatkan kualiti hidup dengan aplikasi yang meluar terutamanya dalam sektor
komesial seperti mengendalikan mesin dalam proses pembuatan, pemanasan dan
penyejukan. Tidak dinafikan pelbagai jenis sumber tenaga yang boleh digunakan
untuk menjana elektrik antaranya ialah bahan api fosil dan biojisim akan tetapi
sumber tenaga ini ialah tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan berbeza dengan
tenaga nuklear yang menggunakan uranium-235 sebagai bahan api di dalam reaktor.
Isotop uranium-235 telah digunakan di dalam reaktor
nuklear sebagai bahan api untuk tindak balas nuklear. Tindak balas nuklear
adalah tindak balas berantai yang melibatkan proses pembelahan nukleus oleh
neutron yang berlanggar dengan nukleus uranium dan menghasilkan nuklei yang
lebih kecil, neutron dan tenaga. Tindak balas ini yang berterusan ini dikenali
sebagai tindak balas nuklear. Komponen reaktor seperti rod kawalan digunakan
untuk menyerap neutron bagi mengawal kadar tindak balas berantai dan dibantu
oleh moderator yang membantu untuk memperlahankan neutron yang terhasil
daripada proses pembelahan. Tenaga yang terhasil daripada proses pembelahan ini
akan menukarkn air kepada stim yang dihubungkan dengan turbin lalu mengasilkan
tenaga elektrik.
3.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR
Kelebihan teknologi nuklear yang dapat kita lihat
penggunaannya secara menyeluruh ialah di dalam proses penjanaan tenaga elektrik.
Dapat kita perhatikan negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun
menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang
ketara. Penggunaan teknologi nuklear ini dikatakan dapat menjana jumlah tenaga
elektrik yang banyak daripada penghasilan tenaga menggunakan bahan api fosil
dan arang batu. Ini kerana penggunaan uranium iaitu bahan utama bagi
penghasilan tenaga nuklear akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka
masa yang panjang. Ini merupakan satu khabar yang baik kerana seperti yang kita
ketahui, bahan api fosil kini makin berkurangan.
Selain itu, kelebihan lain bagi teknologi nuklear ini
ialah teknologi nuklear ini ialah satu tenaga yang mesra alam. Keadaan ini
berlaku kerana loji nuklear tidak membebaskan gas-gas rumah hijau seperti
karbon, methane dan ozon semasa beroperasi. Perkara ini akan membantu dalam
pengurangan kesan rumah hijau yang dapat meyebabkan pemanasan global iaitu
peningkatan suhu dunia secara mendadak dan kandungan gas oksida di dalam udara
meningkat yang dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Seterusnya, pembinaan
loji nuklear ini tidak memerlukan kawasan yang besar serta pembinaan dan kos
operasi bagi loji nuklear ini akan menjadi lebih murah dan pokok-pokok tidak
perlu ditebang.
Akhir sekali, sumber tenaga daripada teknologi nuklear
ini tidak mudah terjejas. Seperti yang kita ketahui sesetengah sumber
bergantung kepada cuaca contohnya tenaga suria dan angin dan batu arang sebagai
penjana bagi tenaga bahan api fosil yang jumlahnya makin berkurang dari hari ke
hari. Tenaga nuklear ini tidak terjejas oleh kedaaan iklim luaran dan dapat
menghasilkan sumber tenaga yang berterusan. Loji tenaga nuklear boleh berfungsi
dengan penuh dan ia tidak bergantung kepada iklim kerana tenaga nuklear ini
bergantung sepenuhnya kepada uranium-235 sebagai bahan api di dalam reaktor
nuklear.
4.0 KEBURUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR
Teknologi nuklear juga memberikan impak yang negatif terhadap kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar dan manusia. Antara keburukan teknologi nuklear ini adalah pembuatannya untuk kegunaan peperangan. Sebagai contoh dalam perang dunia ke-2, Hiroshima dan Nagasaki telah diletupkan dengan dua bom nuklear iaitu fat man dan little boy. Akibat daripada letupan yang berlaku tersebut, kawasan yang terkena letupan itu dan kawasan yang berhampiran dengannya sudah tidak boleh digunakan lagi kerana mengalami kehancuran yang mengerikan. Sehingga kini kawasan yang terlibat masih lagi mempunyai saki baki radiasi dari nuklear tersebut. Teknologi ini sekarang menjadi rebutan seluruh negara kerana ia boleh menghancurkan sesuatu kawasan tersebut dan meruntuhkan ekonomi negara yang terlibat.
Selain itu, keburukan yang mungkin berlaku adalah stesen jana kuasa nuklear meletop. Akibat daripada letupan ini, ia boleh mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah. Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga turut terjejas yang boleh menyebabkan kecacatan dan kehapusan yang kekal. Penyakit kanser juga mungkin akan dialami oleh mereka yang terkena radiasi tersebut sehingga menyebabkan kematian. Kawasan-kawasan yang berhampiran juga turut akan terjejas kerana pembawaan sisa radiasi oleh angin dapat menyebarkan sisa radiasi tersebut luas dalam jangka masa yang pendek. Di samping itu, kawasan yang telah tercemar berkemungkinan besar tidak dapat digunakan lagi kerana sisa baki radiasi yang masih ada masih boleh mengakibatkan kemudaratan yang teruk terutama dari segi kesihatan.
Teknologi nuklear ini juga memakan banyak kos yang tinggi. Kos pembinaan untuk membina pusat nuklear ini telah memakan kos sebanyak RM8.25 billion tidak termasuk penyelenggaraan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan akan memudaratkan ekonomi negara dan menambahkan kerisauan rakyat terhadap pembinaan teknologi nuklear ini. Kawasan untuk membina pusat nuklear ini juga perlu di cari dengan mengambil berat semua aspek-aspek keselamatan kerana berbahaya kepada semua kehidupan yang hidup di muka bumi ini. Oleh itu, pembinaan bagi pusat janaan kuasa yang menggunakan teknologi nuklear ini perlu ditempatkan di kawasan yang jauh daripada bandar dan kawasan yang didiami manusia.
5.0 CARA MENGATASI KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR
Bagi mengatasi kemajuan penggunaan nuklear pada masa sekarang, kita perlulah memastikan bahawa penggunaan teknologi nuklear tersebut dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Individu atau negara yang mempunyai nuklear ini perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi kerana tenaga nuklear amat berbahaya kepada kehidupan. Jika terdapat sebarang kebocoran atau letupan nuklear tanpa sebarang sebab, individu yang mengendalikan tenaga ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka yang mempunyai tanggungjawab yang besar perlu melaksanakannya dengan betul mengikut peraturan yang telah disediakan. Antara cara atau langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara ini berlaku adalah dengan mengendaikan teknologi nuklear ini dengan lebih berhati-hati dan cermat. Sebagai contoh, pekerja-pekerja perlulah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti memakai pakaian yang telah ditetapkan dan menggunakan peralatan yang telah disediakan ketika mengendalikan bahan radioaktif tersebut.
Seterusnya, kita perlulah mengehadkan penggunaan teknologi nuklear bagi mengurangkan sinaran radioaktif tersebar. Sinaran radioaktif yang tersebar tidak menunjukkan kesan yang cepat tetapi ia merupakan kesan jangka masa yang panjang. Hal ini amat berbahaya dan telah banyak kematian yang direkodkan selepas beberapa hari mangsa tersebut terdedah pada sinaran radioaktif tersebut. Perkara ini juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap manusia seperti mutasi dan katarak. Oleh itu, pihak tertentu perlu mengambil berat masalah ini bagi memastikan keselamatan negara terjamin. Malaysia telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap bahayanya teknologi ini dan tidak mengambil risiko untuk mengambil teknologi ini masuk ke dalam negara. Tindakan ini diambil bagi mencegah rakyat dan negara berada dalam keadaan yang tidak diingini.
Bahayanya tenaga nuklear tidak hanya
menyebabkan kematian malah kehancuran juga turut dirasai. Oleh itu, Iran pernah
menjadi tuan rumah konferensi pelucutan senjata nuklear. Hal ini kerana
terdapat beberapa buah negara seperti Korea Utara yang mempunyai teknologi
canggih dalam pengendalian tenaga nuklear ini. Konferensi ini bertujuan untuk
menyingkirkan teknologi nuklear ini bagi memastikan keselamatan negara-negara
lain terjamin. Di dalam konferensi ini juga ada mengatakan bahawa selain
senjata nuklear tedapat juga senjata-senjata pemusnah yang lain. Sebagai
contoh, senjata kimia dan senjata biologi juga turut dianggap sebagai ancaman.
Oleh itu, penggunaan tenaga ini perlu dimansuhkan bagi menjamin keselamatan dan
menghindari kehancuran dunia.
Gambar rajah 7 : Senarai negara yang memiliki senjata nuklear
Tenaga nuklear merupakan tenaga yang boleh mengancam kesihatan manusia. Tenaga ini juga berisiko berlakunya kemalangan dan bencana nuklear yang boleh menyebabkan kebocoran radioaktif terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada radiasi tersebut. Contoh kesan teknologi nuklear terhadap manusia ialah, menyebabkan terkena penyakit kanser yang teruk seperti barah otak dan barah kulit.
Selain itu, kesan terhadap negara pula ialah, bahaya yang digunakan dalam perang dunia oleh negara-negara besar dan maju boleh menjejaskan negara-negara yang kecil dan baru membangun untuk musnah dan hancur. Jangkaan yang paling optimistik sekalipun mengenai kesan pertempuran nuklear masih menganggarkan kematian jutaan penduduk awam dalam tempoh masa yang singkat jangkaan yang lebih pesimistik pula mendakwa bahawa perang nuklear skala penuh akan membawa kepupusan manusia atau hampir pupus dengan sekelompok kecil manusia (kebanyakannya dikawasan terpencil) melarat kepada tempoh hayat dan tahap kehidupan seperti sebelum zaman pertengahan dan menyebabkan kemusnahan kekal kepada kehidupan paling rumit di planet, sistem ekologi bumi, dan cuaca sejagat.
Kesan teknologi nuklear kepada individu akan menyebabkan risiko kemalangan dan bencana alam atau bencana nuklear boleh menyebabkan kebocoran radioaktif dan terdedah kepada radiasi . Radiasi akan menjejaskan kesihatan manusia dan benda yang hidup. Ia akan menyebabkan penyakit kronik yang berpunca daripada radiasi seperti penyakit kanser. Selain itu, akan berlakunya mutasi genetik yang menyebabkan kecacatan kepada seseorang individu. Hal ini amat merbaya kerana ia akan menyebabkan penyakit yang bereterusan seumur hidup kerana terdedah kepada sisa radiasi.
Gambar rajah 8 : Letupan Chernobyl
7.0 PERBINCANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR MENGENAI QAWAID FIQH
Berdasarkan perbincangan kebaikan dan keburukan teknologi nuklear secara umum di atas dapat kita melihat kaitanya dengan Qawaid Fiqh antaranya ialah konsep اْلاُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا yang bermaksud setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuanya. Kaitannya dengan kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear ialah penggunaan teknologi nuklear ini hendaklah bergantung kepada tujuan penggunaan teknologi tersebut. Maksud yang ini diketengahkan di sini ialah penggunaan teknologi ini dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat, agama dan negara dan perancangan mengenai penggunaan teknologi nuklear ini hendaklah menepati syarak. Kuasa nuklear ini menjanakan 15 peratus tenaga elektrik yang bersamaan dengan 22000 tan arang batu dan beberapa negara mengggunakan tenaga nuklear ini sebagai penjana tenaga elektrik utama kerana dapat menjimatkan penggunaan sumber asli.
Selain itu, perbincangan ini juga boleh dikaitkan dengan konsep الضَّرَرُ يُزَال iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta. Kaedah ini boleh dikaitkan dengan tajuk kami kerana seperti yang kita ketahui teknologi nuklear ini dapat membawa kepada pelbagai kemudaratan kepada seluruh kehidupan yang ada di bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah al- Hadid ayat 25 yang bermaksud pada besi itu terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia. Kemudaratan daripada teknologi nuklear ini boleh diminimumkan dengan cara penggunaan teknologi ini hendaklah diketuai oleh pihak-pihak yang profesional dan mempunyai kemahiran dalam bidang nuklear ini supaya tiada kecuaian dalam mengendalikan teknologi ini berlaku dan kegunaanya juga hendaklah membawa kebaikan kepada semua contohnya, dari segi perubatan untuk mengesan dan merawat penyakit barah.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa teknologi nuklear ini mempunyai kegunaan yang meluas merangkumi pelbagai bidang. Teknologi nuklear ialah satu alternatif baharu yang mempunyai pelbagai potensi untuk digunakan. Namun kita hendaklah mengambil langkah selamat dan menyiapkan rancangan sandaran untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini. Islam juga menggalakkan penerokaan terhadap teknologi baharu supaya umat islam tidak ketinggalan jauh dengan keperluan semasa. Kesimpulanya, kita hendaklah bersama-sama mengambil tahu dan peka terhadap isu semasa dan sentiasa berfikiran terbuka kerana Islam menyarankan untuk berfikir secara meluas dalam sesuatu perkara supaya keputusan yang dibuat tidak hanya dipengaruhi oleh emosi semata-mata dan keputusan tersebut dapat memberikan pelbagai manfaat buat semua umat manusia dan hidupan di bumi.
Penggunaan
tenaga nuklear banyak memberi kebaikan kepada alam dan juga hidupan di bumi.
Tetapi penggunaan tenaga nuklear secara tidak terkawal akan mendatangkan kesan
yang buruk kepada alam sekitar, hidupan dan juga akan menjejaskan kesihatan
manusia . Sejak berpuluh tahun dahulu, terdapat banyak kes letupan nuklear yang
berlaku sekaligus meragut banyak nyawa. Selain itu, antara kes ini berpunca
daripada kecuaian manusia tetapi ada juga yang berpunca daripada gempa bumi.
Malaysia juga
harus menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengalaman untuk
pelaksanaan program tenaga nuklear. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk operasi
pembinaan dan penjaan tenaga nuklear yang cekap, manakala sejumlah pakar
diperlukan untuk memantau operasi tersebut supaya keadaan selamat dan
berjaga-jaga sentiasa di dalam tahap yang optimum. Penyeliaan secara berterusan
ini amat penting supaya tidak berlakunya sebarang kecuaian yang akan membawa
kepada kemalangan yang tidak diingini.
Gambar rajah 10 : Keratan akhbar tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik
9.0 RUJUKAN
Kay Suhaimi, (2019) . 10 Kesan Dan
Risiko Sekiranya Banyak Negara Memiliki Tenaga Nuklear . https://iluminasi.com/bm/ Bahan diakses pada 1 May 2023.
Azrina Sobian, (2012) . Tenaga
Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik Negara. https://www.majalahsains.com/ Bahan diakses pada 19 April 2023.
Farah Hazwani, (2021) . Tenaga Nuklear Definisi, Cara
Dihasilkan dan Aplikasi. https://rootofscience.com/blog/2021/sains-fizikal/fizik/pelakuran-aplikasi/
Bahan diakses pada 28 April
2023.
Dr. Nor Azaruddin Husni bin Hj.
Nuruddin, (2003) . Asas Tenaga Nuklear Disebut Dalam Al-Quran. https://www.ikim.gov.my/index.php/2003/08/07/ Bahan diakses pada 28 April
2023.
Boek ah...information cukup..mudah difahami
ReplyDeleteWow, sangat bagus
ReplyDeletesangat membantu 👍🏻
ReplyDeleteTq, maklumat yg amat membantu dgn pandangan dari bidang fiqh 👍
ReplyDeletepenambahan ilmu, bagus👍
ReplyDeletemudah difahami
ReplyDeletesangat bagus
ReplyDeleteIlmu baru ...terima kasih atas perkongsian anda..
ReplyDeleteso goodd
ReplyDeleteSuch a good topic to share about nuclear👍🏻
ReplyDeleteALHAMDULLILAH ISI YANG BAGUS DAN PADAT
ReplyDeleteALHAMDULILLAH ILMU YANG DIBERI SANGAT BAGUS DAN MUDAH DIFAHAMI
ReplyDeleteNice info👍👌
ReplyDeleteAlhamdulillah, faham juga akhirnya😍
ReplyDeletemaklumat yang padat mantap👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah. Maklumat yang baik👍
ReplyDeleteGud write about subject matter.tahniah
ReplyDeletemaklumay yang mantapp👍🏻s
ReplyDeleteAlhamdulillah ilmu dan perkongsian yg bagus..trs kan mengkaji lg bg memantapkan lg text dan penambahan ilmu utk ms akan dtg .. syabas 👏👏
ReplyDeletesangat membantu yer aya(:
ReplyDeleteperkongsian yang amat menarik.Terbaik
ReplyDeleteInfo yang sangat bagus dan menarik untuk dibaca!
ReplyDeleteperkongsiaan yang bagus,ringkas dan mudah difahami👍
ReplyDelete