Sunday, 21 May 2023



Gambar rajah 1 : Stesen jana kuasa nuklear

1.0 PENDAHULUAN

Perbincangan mengenai isu kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear telah menjadi satu perbincangan yang hangat di antara pemimpin-pemimpin negara pada masa kini kerana teknologi nuklear ini dipercayai dapat mempercepatkan pembangunan sesebuah negara. Isu ini menjadi satu isu yang serius kerana teknologi nuklear ini dapat memberikan pelbagai kemudahan contohnya dapat menjana tenaga dalam jumlah yang besar tetapi teknologi ini juga merupakan satu senjata pemusnah yang amat merbahaya dan dapat membawa kehancuran pada skala yang besar kerana jumlah radiasi yang digunakan untuk menghasilkan teknologi nuklear ini tinggi. 

    Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan daripada tindak balas nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan tindak balas pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895. 

    Pelbagai pihak termasuklah pemerintah-pemerintah negara memandang serius mengenai penggunaan teknologi nuklear termasuklah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Perancis menjalankan pelbagai kajian untuk memperolehi maklumat mengenai teknologi nuklear ini kerana pada dasarnya teknologi nuklear ini amat bahaya untuk digunakan sama ada untuk kegunaan umum atau kegunaan peribadi, akan tetapi apakah kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear berdasarkan Qawaid Fiqh?



Gambar rajah 2 : Stesen tenaga nuklear


2.0 DEFINISI TEKNOLOGI NUKLEAR

Definisi teknologi nuklear ialah penggunaan teknologi yang melibatkan tindak balas nuklear dalam atom. Berdasarkan maklumat daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA), tindak balas nuklear boleh menyebabkan sesuatu atom itu menjadi tidak stabil atau radioaktif. Selain itu, teknologi nuklear atau juga disebut sebagai tenaga atom ialah sejenis tenaga yang mengikat nukleus dengan sebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak balas nuklear seperti pereputan radioakatif, pembelahan atau pelakuran nuklear yang bertindak di dalam atom. Secara amnya, tenaga nuklear terhasil daripada proses pembelahan atom yang tidak stabil kepada atom yang lebih kecil.

Persatuan nuklear dunia menyatakan bahawa pada masa hadapan, permintaan terhadap tenaga elektrik dunia akan meningkat menjelang tahun 2040 disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk, pembangunan ekonomi negara dan pembandaran yang pesat. Tenaga elektrik mampu membantu dalam meningkatkan kualiti hidup dengan aplikasi yang meluar terutamanya dalam sektor komesial seperti mengendalikan mesin dalam proses pembuatan, pemanasan dan penyejukan. Tidak dinafikan pelbagai jenis sumber tenaga yang boleh digunakan untuk menjana elektrik antaranya ialah bahan api fosil dan biojisim akan tetapi sumber tenaga ini ialah tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan berbeza dengan tenaga nuklear yang menggunakan uranium-235 sebagai bahan api di dalam reaktor.

Isotop uranium-235 telah digunakan di dalam reaktor nuklear sebagai bahan api untuk tindak balas nuklear. Tindak balas nuklear adalah tindak balas berantai yang melibatkan proses pembelahan nukleus oleh neutron yang berlanggar dengan nukleus uranium dan menghasilkan nuklei yang lebih kecil, neutron dan tenaga. Tindak balas ini yang berterusan ini dikenali sebagai tindak balas nuklear. Komponen reaktor seperti rod kawalan digunakan untuk menyerap neutron bagi mengawal kadar tindak balas berantai dan dibantu oleh moderator yang membantu untuk memperlahankan neutron yang terhasil daripada proses pembelahan. Tenaga yang terhasil daripada proses pembelahan ini akan menukarkn air kepada stim yang dihubungkan dengan turbin lalu mengasilkan tenaga elektrik.



Gambar rajah 3 : Pemandangan stesen jana kuasa nuklear

3.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Kelebihan teknologi nuklear yang dapat kita lihat penggunaannya secara menyeluruh ialah di dalam proses penjanaan tenaga elektrik. Dapat kita perhatikan negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang ketara. Penggunaan teknologi nuklear ini dikatakan dapat menjana jumlah tenaga elektrik yang banyak daripada penghasilan tenaga menggunakan bahan api fosil dan arang batu. Ini kerana penggunaan uranium iaitu bahan utama bagi penghasilan tenaga nuklear akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang panjang. Ini merupakan satu khabar yang baik kerana seperti yang kita ketahui, bahan api fosil kini makin berkurangan.

Selain itu, kelebihan lain bagi teknologi nuklear ini ialah teknologi nuklear ini ialah satu tenaga yang mesra alam. Keadaan ini berlaku kerana loji nuklear tidak membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane dan ozon semasa beroperasi. Perkara ini akan membantu dalam pengurangan kesan rumah hijau yang dapat meyebabkan pemanasan global iaitu peningkatan suhu dunia secara mendadak dan kandungan gas oksida di dalam udara meningkat yang dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Seterusnya, pembinaan loji nuklear ini tidak memerlukan kawasan yang besar serta pembinaan dan kos operasi bagi loji nuklear ini akan menjadi lebih murah dan pokok-pokok tidak perlu ditebang.

Akhir sekali, sumber tenaga daripada teknologi nuklear ini tidak mudah terjejas. Seperti yang kita ketahui sesetengah sumber bergantung kepada cuaca contohnya tenaga suria dan angin dan batu arang sebagai penjana bagi tenaga bahan api fosil yang jumlahnya makin berkurang dari hari ke hari. Tenaga nuklear ini tidak terjejas oleh kedaaan iklim luaran dan dapat menghasilkan sumber tenaga yang berterusan. Loji tenaga nuklear boleh berfungsi dengan penuh dan ia tidak bergantung kepada iklim kerana tenaga nuklear ini bergantung sepenuhnya kepada uranium-235 sebagai bahan api di dalam reaktor nuklear.



Gambar rajah 4 : Carta penjanaan tenaga elektrik dari kuasa nuklear


4.0 KEBURUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Teknologi nuklear juga memberikan impak yang negatif terhadap kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar dan manusia. Antara keburukan teknologi nuklear ini adalah pembuatannya untuk kegunaan peperangan. Sebagai contoh dalam perang dunia ke-2, Hiroshima dan Nagasaki telah diletupkan dengan dua bom nuklear iaitu fat man dan little boy. Akibat daripada letupan yang berlaku tersebut, kawasan yang terkena letupan itu dan kawasan yang berhampiran dengannya sudah tidak boleh digunakan lagi kerana mengalami kehancuran yang mengerikan. Sehingga kini kawasan yang terlibat masih lagi mempunyai saki baki radiasi dari nuklear tersebut. Teknologi ini sekarang menjadi rebutan seluruh negara kerana ia boleh menghancurkan sesuatu kawasan tersebut dan meruntuhkan ekonomi negara yang terlibat.

Selain itu, keburukan yang mungkin berlaku adalah stesen jana kuasa nuklear meletop. Akibat daripada letupan ini, ia boleh mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah. Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga turut terjejas yang boleh menyebabkan kecacatan dan kehapusan yang kekal. Penyakit kanser juga mungkin akan dialami oleh mereka yang terkena radiasi tersebut sehingga menyebabkan kematian. Kawasan-kawasan yang berhampiran juga turut akan terjejas kerana pembawaan sisa radiasi oleh angin dapat menyebarkan sisa radiasi tersebut luas dalam jangka masa yang pendek. Di samping itu, kawasan yang telah tercemar berkemungkinan besar tidak dapat digunakan lagi kerana sisa baki radiasi yang masih ada masih boleh mengakibatkan kemudaratan yang teruk terutama dari segi kesihatan.

Teknologi nuklear ini juga memakan banyak kos yang tinggi. Kos pembinaan untuk membina pusat nuklear ini telah memakan kos sebanyak RM8.25 billion tidak termasuk penyelenggaraan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan akan memudaratkan ekonomi negara dan menambahkan kerisauan rakyat terhadap pembinaan teknologi nuklear ini. Kawasan untuk membina pusat nuklear ini juga perlu di cari dengan mengambil berat semua aspek-aspek keselamatan kerana berbahaya kepada semua kehidupan yang hidup di muka bumi ini. Oleh itu, pembinaan bagi pusat janaan kuasa yang menggunakan teknologi nuklear ini perlu ditempatkan di kawasan yang jauh daripada bandar dan kawasan yang didiami manusia.



                                                                
  

Gambar rajah 5 : Senjata nuklear 
 

        
                                Gambar rajah 6 : Bom nuklear fat man 

5.0 CARA MENGATASI KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Bagi mengatasi kemajuan penggunaan nuklear pada masa sekarang, kita perlulah memastikan bahawa penggunaan teknologi nuklear tersebut dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Individu atau negara yang mempunyai nuklear ini perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi kerana tenaga nuklear amat berbahaya kepada kehidupan. Jika terdapat sebarang kebocoran atau letupan nuklear tanpa sebarang sebab, individu yang mengendalikan tenaga ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka yang mempunyai tanggungjawab yang besar perlu melaksanakannya dengan betul mengikut peraturan yang telah disediakan. Antara cara atau langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara ini berlaku adalah dengan mengendaikan teknologi nuklear ini dengan lebih berhati-hati dan cermat. Sebagai contoh, pekerja-pekerja perlulah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti memakai pakaian yang telah ditetapkan dan menggunakan peralatan yang telah disediakan ketika mengendalikan bahan radioaktif tersebut.

Seterusnya, kita perlulah mengehadkan penggunaan teknologi nuklear bagi mengurangkan sinaran radioaktif tersebar. Sinaran radioaktif yang tersebar tidak menunjukkan kesan yang cepat tetapi ia merupakan kesan jangka masa yang panjang. Hal ini amat berbahaya dan telah banyak kematian yang direkodkan selepas beberapa hari mangsa tersebut terdedah pada sinaran radioaktif tersebut. Perkara ini juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap manusia seperti mutasi dan katarak. Oleh itu, pihak tertentu perlu mengambil berat masalah ini bagi memastikan keselamatan negara terjamin. Malaysia telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap bahayanya teknologi ini dan tidak mengambil risiko untuk mengambil teknologi ini masuk ke dalam negara. Tindakan ini diambil bagi mencegah rakyat dan negara berada dalam keadaan yang tidak diingini.

Bahayanya tenaga nuklear tidak hanya menyebabkan kematian malah kehancuran juga turut dirasai. Oleh itu, Iran pernah menjadi tuan rumah konferensi pelucutan senjata nuklear. Hal ini kerana terdapat beberapa buah negara seperti Korea Utara yang mempunyai teknologi canggih dalam pengendalian tenaga nuklear ini. Konferensi ini bertujuan untuk menyingkirkan teknologi nuklear ini bagi memastikan keselamatan negara-negara lain terjamin. Di dalam konferensi ini juga ada mengatakan bahawa selain senjata nuklear tedapat juga senjata-senjata pemusnah yang lain. Sebagai contoh, senjata kimia dan senjata biologi juga turut dianggap sebagai ancaman. Oleh itu, penggunaan tenaga ini perlu dimansuhkan bagi menjamin keselamatan dan menghindari kehancuran dunia.

 


              Gambar rajah 7 : Senarai negara yang memiliki senjata nuklear


6.0 KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Tenaga nuklear merupakan tenaga yang boleh mengancam kesihatan manusia. Tenaga ini juga berisiko berlakunya kemalangan dan bencana nuklear yang boleh menyebabkan kebocoran radioaktif terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada radiasi tersebut. Contoh kesan teknologi nuklear terhadap manusia ialah, menyebabkan terkena penyakit kanser yang teruk seperti barah otak dan barah kulit.

Selain itu, kesan terhadap negara pula ialah, bahaya yang digunakan dalam perang dunia oleh negara-negara besar dan maju boleh menjejaskan negara-negara yang kecil dan baru membangun untuk musnah dan hancur. Jangkaan yang paling optimistik sekalipun mengenai kesan pertempuran nuklear masih menganggarkan kematian jutaan penduduk awam dalam tempoh masa yang singkat jangkaan yang lebih pesimistik pula mendakwa bahawa perang nuklear skala penuh akan membawa kepupusan manusia atau hampir pupus dengan sekelompok kecil manusia (kebanyakannya dikawasan terpencil) melarat kepada tempoh hayat dan tahap kehidupan seperti sebelum zaman pertengahan dan menyebabkan kemusnahan kekal kepada kehidupan paling rumit di planet, sistem ekologi bumi, dan cuaca sejagat. 

Kesan teknologi nuklear kepada individu akan menyebabkan risiko kemalangan dan bencana alam atau bencana nuklear boleh menyebabkan kebocoran radioaktif dan terdedah kepada radiasi . Radiasi akan menjejaskan kesihatan manusia dan benda yang hidup. Ia akan menyebabkan penyakit kronik yang berpunca daripada radiasi seperti penyakit kanser. Selain itu, akan berlakunya mutasi genetik yang menyebabkan kecacatan kepada seseorang individu. Hal ini amat merbaya kerana ia akan menyebabkan penyakit yang bereterusan seumur hidup kerana terdedah kepada sisa radiasi. 



Gambar rajah 8 : Letupan Chernobyl


7.0 PERBINCANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR MENGENAI QAWAID FIQH

Berdasarkan perbincangan kebaikan dan keburukan teknologi nuklear secara umum di atas dapat kita melihat  kaitanya dengan Qawaid Fiqh antaranya ialah konsep اْلاُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا yang bermaksud setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuanya. Kaitannya dengan kelebihan dan kekurangan teknologi nuklear ialah penggunaan teknologi nuklear ini hendaklah bergantung kepada tujuan penggunaan teknologi tersebut. Maksud yang ini diketengahkan di sini ialah penggunaan teknologi ini dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat, agama dan negara dan perancangan mengenai penggunaan teknologi nuklear ini hendaklah menepati syarak. Kuasa nuklear ini menjanakan 15 peratus tenaga elektrik yang bersamaan dengan 22000 tan arang batu dan beberapa negara mengggunakan tenaga nuklear ini sebagai penjana tenaga elektrik utama kerana dapat menjimatkan penggunaan sumber asli.

Selain itu, perbincangan ini juga boleh dikaitkan dengan konsep الضَّرَرُ يُزَال iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta. Kaedah ini boleh dikaitkan dengan tajuk kami kerana seperti yang kita ketahui teknologi nuklear ini dapat membawa kepada pelbagai kemudaratan kepada seluruh kehidupan yang ada di bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah al- Hadid ayat 25 yang bermaksud pada besi itu terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia. Kemudaratan daripada teknologi nuklear ini boleh diminimumkan dengan cara penggunaan teknologi ini hendaklah diketuai oleh pihak-pihak yang profesional dan mempunyai kemahiran dalam bidang nuklear ini supaya tiada kecuaian dalam mengendalikan teknologi ini berlaku dan kegunaanya juga hendaklah membawa kebaikan kepada semua contohnya, dari segi perubatan untuk mengesan dan merawat penyakit barah.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa teknologi nuklear ini mempunyai kegunaan yang meluas merangkumi pelbagai bidang. Teknologi nuklear ialah satu alternatif baharu yang mempunyai pelbagai potensi untuk digunakan. Namun kita hendaklah mengambil langkah selamat dan menyiapkan rancangan sandaran untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini. Islam juga menggalakkan penerokaan terhadap teknologi baharu supaya umat islam tidak ketinggalan jauh dengan keperluan semasa. Kesimpulanya, kita hendaklah bersama-sama mengambil tahu dan peka terhadap isu semasa dan sentiasa berfikiran terbuka kerana Islam menyarankan untuk berfikir secara meluas dalam sesuatu perkara supaya keputusan yang dibuat tidak hanya dipengaruhi oleh emosi semata-mata dan keputusan tersebut dapat memberikan pelbagai manfaat buat semua umat manusia dan hidupan di bumi.




Gambar rajah 9 : Kandungan bahan dalam reaktor nuklear

8.0 KESIMPULAN

    Kesimpulanya, seperti yang telah dibincangkan di atas kita dapat mengetahui pelbagai kelebihan dan kekurangan yang dapat diperolehi daripada teknologi nuklear, akan tetapi kita juga dapat memfokuskan kepada penggunaan teknologi ini dapat membantu dari segi pembangunan negara dan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api fosil sebagai sumber utama yang digunakan dalam penghasilan tenaga elektrik di Malaysia dan seterusnya dapat membawa kepada kelestarian negara untuk generasi akan datang.

Penggunaan tenaga nuklear banyak memberi kebaikan kepada alam dan juga hidupan di bumi. Tetapi penggunaan tenaga nuklear secara tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar, hidupan dan juga akan menjejaskan kesihatan manusia . Sejak berpuluh tahun dahulu, terdapat banyak kes letupan nuklear yang berlaku sekaligus meragut banyak nyawa. Selain itu, antara kes ini berpunca daripada kecuaian manusia tetapi ada juga yang berpunca daripada gempa bumi.

Malaysia juga harus menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengalaman untuk pelaksanaan program tenaga nuklear. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk operasi pembinaan dan penjaan tenaga nuklear yang cekap, manakala sejumlah pakar diperlukan untuk memantau operasi tersebut supaya keadaan selamat dan berjaga-jaga sentiasa di dalam tahap yang optimum. Penyeliaan secara berterusan ini amat penting supaya tidak berlakunya sebarang kecuaian yang akan membawa kepada kemalangan yang tidak diingini.



Gambar rajah 10 : Keratan akhbar tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik


9.0 RUJUKAN  

Kay Suhaimi, (2019) . 10 Kesan Dan Risiko Sekiranya Banyak Negara Memiliki       Tenaga Nuklear . https://iluminasi.com/bm/ Bahan diakses pada 1 May 2023.

Azrina Sobian, (2012) . Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik Negara. https://www.majalahsains.com/ Bahan diakses pada 19 April 2023.

Farah Hazwani, (2021) . Tenaga Nuklear Definisi, Cara Dihasilkan dan Aplikasi. https://rootofscience.com/blog/2021/sains-fizikal/fizik/pelakuran-aplikasi/ 

Bahan diakses pada 28 April 2023.

Dr. Nor Azaruddin Husni bin Hj. Nuruddin, (2003) . Asas Tenaga Nuklear Disebut Dalam Al-Quran. https://www.ikim.gov.my/index.php/2003/08/07/ Bahan diakses pada 28 April 2023.

 

 


23 comments:

  1. Boek ah...information cukup..mudah difahami

    ReplyDelete
  2. sangat membantu 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Tq, maklumat yg amat membantu dgn pandangan dari bidang fiqh 👍

    ReplyDelete
  4. penambahan ilmu, bagus👍

    ReplyDelete
  5. mudah difahami

    ReplyDelete
  6. sangat bagus

    ReplyDelete
  7. Ilmu baru ...terima kasih atas perkongsian anda..

    ReplyDelete
  8. Such a good topic to share about nuclear👍🏻

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULLILAH ISI YANG BAGUS DAN PADAT

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH ILMU YANG DIBERI SANGAT BAGUS DAN MUDAH DIFAHAMI

    ReplyDelete
  11. Nice info👍👌

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, faham juga akhirnya😍

    ReplyDelete
  13. maklumat yang padat mantap👍🏻

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Maklumat yang baik👍

    ReplyDelete
  15. Gud write about subject matter.tahniah

    ReplyDelete
  16. maklumay yang mantapp👍🏻s

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah ilmu dan perkongsian yg bagus..trs kan mengkaji lg bg memantapkan lg text dan penambahan ilmu utk ms akan dtg .. syabas 👏👏

    ReplyDelete
  18. sangat membantu yer aya(:

    ReplyDelete
  19. perkongsian yang amat menarik.Terbaik

    ReplyDelete
  20. Info yang sangat bagus dan menarik untuk dibaca!

    ReplyDelete
  21. perkongsiaan yang bagus,ringkas dan mudah difahami👍

    ReplyDelete